Isnin, 1 Disember 2014

Sifat Insan Lahir Bulan November


~ Banyak idea dalam perkara
~ Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
~ Berfikiran kehadapan
~ Berfikiran unik & bijak
~ Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
~ Pemikiran sangat tajam
~ Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
~ Sesuai jadi seorang doktor
~ Cermat dan teliti
~ Personaliti yang dinamik
~ Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
~ Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
~ Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
~ Terlalu degil dan keras hati
~ Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
~ Tak suka marah kecuali digugat
~ Mudah ambil berat terhadap orang lain
~ Pandai muhasabah diri
~ Cara berfkir yang lain dari orang lain
~ Otak yang sangat tajam
~ Pandai mendorong diri sendiri
~ Tidak hargai pujian
~ Kekuatan semangat & daya juang yang sangat tinggi apabila
    berkehendak sesuatu
~ Cuba sampai berjaya
~ Badan yang sasa
~ Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
~ Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
~ Suka duduk di rumah
~ Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
~ Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
~ Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
~ Bercita-cita tinggi
~ Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
~ Anak yang manja terutamanya anak bongsu... hehehe

Mencintai tak semestinya memiliki


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu...
Atau kau kepunyaan si dia...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semesti memiliki ?
Manusia pandai berpura...
Berlakon di atas pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia...
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya...
Sehingga terlupa...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...
" aku tidak pernah memiliki diri mu... "
" dan kau jua tidak memiliki diri ku... "
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan...
Yang Maha Esa...
Tidak sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia Mengasihi hamba-Nya...
Dia Memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...

Jumaat, 25 Januari 2013

Cahaya


Sebelum ini
hidupku resah dlm gelap
gelap yang suram dan gelita
tak tahu arah mana ku tuju
hanya berpandukan haluan angin
ku teruskan hidup ini tanpa tujuan
sedangku berjalan buta
ku terlihat sebuah cahaya
cahaya kecil yang ceria
yang mampu menerangkan hidupku
yang mampu menjelaskan pandanganku
yang mampu melengkapkan hidupku
ku ingin untuk mendekatinya
agar ku tak perlu lagi mengikut haluan angin
agar dapat ku berjalan dengan mata sendiri
dengan bantuan cahaya kecil itu
cahaya itu ku ambil
dan diletakkan di sebelah kananku
tapi tidak dapat menerangkan kiriku
ku cuba letakkan di sebelah kiriku
tapi tidak dapat menerangkan kananku
ku cuba letakkan di kepala ku
tapi jalan di bawahku malap tak dapat ku lihat
ku cuba letakkan di kakiku
tapi langit gelap tak mampu ku nikmati
lalu ku letakkan di hatiku
dan setiap penjuru hidup gelapku
diterangi cahaya kasih dan sayang 
akhirnya,
dapatku nikmati langit biru yang indah
jalan berliku-liku yang ku akan lalui
segala apa yang berada di sebelahku
dari saat itulah
aku tahu cahaya itu mampu membantu aku
mampu menerangkan hidupku
mampu menjadi petunjuk untukku
lalu ku nekad
akan ku sayangi cahaya ini
walaupn cahayanya malap
tetapi sudah cukup bagi ku
akan ku jaga cahaya ini
agar dia tak pernah putus asa
untuk terus menerangi hidupku
ku berjanji
akan sentiasa menjaga 
akan sntiasa mengambil berat cahaya ini

*hasil nukilan seorang insan yang istimewa suatu ketika dulu

Jumaat, 20 Januari 2012

Februari

Hampir genap setahun aku bersendirian. Biarkanlah dia bahagia di sana bersama orang yang disayanginya, aku tetap doakan yang terbaik untuknya. Facebook pula dicoretkan dengan bermacam kata tapi itu bukanlah tanda aku kecewa, hanya khayalan semata-mata. Aku pernah melalui keadaan yang seperti ini dulu dengan jalan cerita hampir sama cuma berbeza tempat dan wataknya. Cuma aku akui, kadangkala terkenang bayangan lalu dan imbauan ketika waktu bergelar pelajar juga membuatkan aku seperti tidak tahu yang kini usia sudah jauh meninggalkan saat itu. Dalam pada itu, aku mula mengenali rakan-rakan alam maya yang sealiran denganku menyokong pasukan bolasepak yang sama Liverpool FC. Banyak peristiwa menarik yang terjadi selama aku bersama mereka termasuknya menonton perlawanan secara langsung. Sebelum ini, aku selalu melayan persembahan pasukan yang disokong secara bersendirian. Akhirnya kata-kata keramat, You'll Never Walk Alone dapat diterjemahkan apabila bersama keluarga the Reds.

Selasa, 15 November 2011

Aku Rindu Cintamu...

Adalah aku pernah memiliki hatimu
Dan kebahagiaan yang paling indah dalam hidupku
Adalah apabila saat ku menatap wajahmu
Ketika berada disampingmu dan mendengar suara dari jiwamu...

Ketika mereka berkata bahawa...
cinta kita hadir dalam kewarasan yang teraniaya,
aku hanya mahu mengajakmu tersenyum bersama dan menikmati cinta kita,
Jikapun kulit ini mulai usang dan mata ini sudah rabun,
Maka hati ini tahu hanya kamu yang akan tetap ada untuk selamanya...

Padamu kuucapkan sejuta terima kasih,
Karenamu tinggalkan kenangan antara kita,
Karenamu sanggup terima sentuhan perasaan ini...
Tak akan hilang dirimu dari ingatan walaupun jasadku sudah terkubur...

Bersamamu
Aku belajar untuk menyayangi dan merindui...
Aku berlatih tentang rasa menjaga dirimu...
Kau lukiskan indahnya perasaan itu...
Kau tuturkan merdunya suara dihatiku...
Tapi aku khilaf kerana tidak menghargainya sebaik mungkin...
Dan aku harus melangkah jauh dari sisimu...
Untuk teruskan perjalanan ini bersendirian...

Namun...
Aku tak pernah berlari meninggalkanmu !
Melangkah menjauhimu pun tak pernah terlintas
Aku masih disini... Aku masih ada seperti puisi yang kucoretkan dulu...
Untuk mengenggam hatimu... Kerana aku rindu cintamu...

Jumaat, 1 Julai 2011

Peristiwa Ketika Usiaku 10 Tahun

Aku termenung terfikirkan kenapa sifat dalam diriku nampak ' manja & sensitif ' apabila perasaan ini tersentuh dengan persekitaran. Mungkinkah peristiwa 15 tahun lalu membayangi diriku ini. Tarikh 16 Januari 1996 bersamaan hari selasa merupakan tarikh keramat yang akan ku ingati sampai bila-bila kerana hari tersebut sangat bermakna dalam hidupku. Hari yang memberi kemanisan dan kepahitan setelah 10 tahun aku bergelar anak bongsu. Lebih kurang jam 1.00 pagi terdengar tangisan bayi di ruangan rumah tempat aku diami dan yakinlah diri ini telah pun bergelar “abang” mulai saat detik tersebut. Perkara pertama yang ku lakukan sewaktu bangun untuk bersiap ke sekolah adalah melihat sendiri kelembutan rupa paras wajah “adikku” tersebut. Dia sangat comel dan cantik pada pandangan mata ini. Aku sangat bertuah pada masa itu kerana akhirnya mempunyai seorang adik dan yang lebih bermakna dia satu-satunya wanita dalam kelompok adik-beradik aku. Apabila mula melangkahkan kaki ke sekolah, aku masih teringat secara spontan tanganku melambai ke arah “adik perempuanku” itu. Sungguh indah rasanya hari tersebut dan di sekolah aku tidak sabar lagi kembali pulang ke rumah untuk melihat dan menjaga “adik yang ku sayangi” itu. Namun segalanya berubah apabila suasana di luar rumah seakan menuju ke senja hari. Sekitar jam 5.00 ptg aku tersentak apabila sewaktu bersama “adik kesayanganku” itu, emak yang berada disebelah 'adikku' telah meminta aku memanggil seseorang yang boleh ku anggapkan seperti datuk sendiri ( telahpun arwah). Dalam keadaan keliru dan tidak mengetahui apa telah berlaku aku gagahi menuju ke rumah datuk tersebut dengan berlari-lari anak. Ayahku pula ketika itu keluar mencari daun pokok jambu untuk digunakan sebagai tujuan perubatan ibuku yang dalam pantang. Sebaik sampai di rumah bersama 'datuk' aku mengambil keputusan menunggu ayah di persimpangan jambatan menuju rumah kami. Berita sedih petang tersebut menyebabkan aku yang masih lagi kecil, merasa sangat mengerti kerana hanya sempat bergelar “abang” dalam tempoh tak sampai 24 jam dan lebih memeritkan 'ayahku' terduduk kaku menangis kesedihan saat tiba di muka pintu setelah dikhabarkan telah kehilangan insan yang kami sayangi sekeluarga. Hal tersebut dimaklumkan kepada abang kedua aku yang masa itu bekerja di Kota Kinabalu dan dia sampai keesokannya menaiki kapal terbang. Urusan pengebumian dibuat pada sebelah pagi dan beberapa saudara-mara datang menziarahi keluarga kami serta membantu dalam hal menguruskan jenazah arwah “adik aku”. Semasa ayah sedang menyiapkan kayu nisan diukir ringkas, keluarga kami sepakat & bersetuju mengabadikan satu nama bagi insan yang hadir sekelip mata menjadi darah daging kami sekeluarga itu. Nama “Hairia binti Amil Hassan” sentiasa kekal terpahat di ingatan, jiwa dan hati aku untuk selamanya kerana kehadiran arwah sangat bermakna dalam hidupku walaupun telah 15 tahun ia meninggalkan 'abang' ini menjadi anak bongsu sekali lagi. Tetapi yang pasti, 'abang' pernah merasa sangat gembira di saat kehadirannya di dunia ini & berasa terkilan apabila “adik bongsu” terlalu cepat dipanggil oleh pencipta alam ini. Mungkin itu tanda Tuhan sangat menyayangi dirimu agar menjadi penghuni syurga wahai 'adikku'. Al-Fatihah.

Selasa, 28 Jun 2011

Sukan JKMM

Hari ini aku telahpun selesai mengharungi sukan JKMM yang telah ku ikuti buat kali kedua di Sabah. Pertama kali dulu aku melaluinya di negeri Terengganu dan masa itu aku cuma bermain bolasepak sahaja. Kekalahan di peringkat suku akhir kepada JKM Kedah menguburkan impian ku untuk melihat kejayaan pasukan kami. Dua tahun berlalu episod sama berlaku kembali lagi namun kali ini skripnya berbeza. Pasukan kami kalah tipis (2-1) di peringkat awal perlawanan bertemu JKM Johor. Untuk kejohanan di Sabah ini juga buat pertama kalinya pasukan kami bermain dalam perlawanan futsal. Kami berjaya mengalahkan JKM Sarawak pada pusingan pertama dan tersekat dalam laluan berikutnya apabila bertemu JKM Terengganu. Tapi, apa yang membuatkan aku sedih adalah kerana dalam perlawanan kedua tersebut penentuan keputusan dibuat melalui sepakan penalti setelah terikat 0-0 selepas tamat permainan. Kenapa aku bersedih ? Sebabnya aku menjadi punca apabila sepakan penalti terakhir tak dapat dijaringkan atas sebab yang ku tak pasti. Penjaga goal lawan ketika itu pula adalah kawan satu jabatan aku dan kami pernah kursus selama 3 bulan bersama. Aku melihat riak wajah kekecewaan pada rakan sepasukan yang lain dan menghancurkan impian pasukan. Aku hampir hilang arah kerana pasukan kami mampu mencapai keputusan yang lebih baik seandainya aku tidak melakukan kesilapan.
Yang berlaku telah berlaku dan biarkanlah ia menjadi sejarah kenangan lalu. Yang pastinya dua tahun lagi akan tercipta skrip baru dalam perjalanan sukan dwi tahunan JKMM ini, apakah negeri yang aku wakili ketika itu nanti adakah masih bersama JKM Perak atau JKPA Sabah ataupun aku tiada lagi dalam kejohanan sukan tersebut. Aku pun tiada jawapannya.