Jumaat, 20 Januari 2012

Februari

Hampir genap setahun aku bersendirian. Biarkanlah dia bahagia di sana bersama orang yang disayanginya, aku tetap doakan yang terbaik untuknya. Facebook pula dicoretkan dengan bermacam kata tapi itu bukanlah tanda aku kecewa, hanya khayalan semata-mata. Aku pernah melalui keadaan yang seperti ini dulu dengan jalan cerita hampir sama cuma berbeza tempat dan wataknya. Cuma aku akui, kadangkala terkenang bayangan lalu dan imbauan ketika waktu bergelar pelajar juga membuatkan aku seperti tidak tahu yang kini usia sudah jauh meninggalkan saat itu. Dalam pada itu, aku mula mengenali rakan-rakan alam maya yang sealiran denganku menyokong pasukan bolasepak yang sama Liverpool FC. Banyak peristiwa menarik yang terjadi selama aku bersama mereka termasuknya menonton perlawanan secara langsung. Sebelum ini, aku selalu melayan persembahan pasukan yang disokong secara bersendirian. Akhirnya kata-kata keramat, You'll Never Walk Alone dapat diterjemahkan apabila bersama keluarga the Reds.

2 ulasan: