Selasa, 15 November 2011

Aku Rindu Cintamu...

Adalah aku pernah memiliki hatimu
Dan kebahagiaan yang paling indah dalam hidupku
Adalah apabila saat ku menatap wajahmu
Ketika berada disampingmu dan mendengar suara dari jiwamu...

Ketika mereka berkata bahawa...
cinta kita hadir dalam kewarasan yang teraniaya,
aku hanya mahu mengajakmu tersenyum bersama dan menikmati cinta kita,
Jikapun kulit ini mulai usang dan mata ini sudah rabun,
Maka hati ini tahu hanya kamu yang akan tetap ada untuk selamanya...

Padamu kuucapkan sejuta terima kasih,
Karenamu tinggalkan kenangan antara kita,
Karenamu sanggup terima sentuhan perasaan ini...
Tak akan hilang dirimu dari ingatan walaupun jasadku sudah terkubur...

Bersamamu
Aku belajar untuk menyayangi dan merindui...
Aku berlatih tentang rasa menjaga dirimu...
Kau lukiskan indahnya perasaan itu...
Kau tuturkan merdunya suara dihatiku...
Tapi aku khilaf kerana tidak menghargainya sebaik mungkin...
Dan aku harus melangkah jauh dari sisimu...
Untuk teruskan perjalanan ini bersendirian...

Namun...
Aku tak pernah berlari meninggalkanmu !
Melangkah menjauhimu pun tak pernah terlintas
Aku masih disini... Aku masih ada seperti puisi yang kucoretkan dulu...
Untuk mengenggam hatimu... Kerana aku rindu cintamu...

Jumaat, 1 Julai 2011

Peristiwa Ketika Usiaku 10 Tahun

Aku termenung terfikirkan kenapa sifat dalam diriku nampak ' manja & sensitif ' apabila perasaan ini tersentuh dengan persekitaran. Mungkinkah peristiwa 15 tahun lalu membayangi diriku ini. Tarikh 16 Januari 1996 bersamaan hari selasa merupakan tarikh keramat yang akan ku ingati sampai bila-bila kerana hari tersebut sangat bermakna dalam hidupku. Hari yang memberi kemanisan dan kepahitan setelah 10 tahun aku bergelar anak bongsu. Lebih kurang jam 1.00 pagi terdengar tangisan bayi di ruangan rumah tempat aku diami dan yakinlah diri ini telah pun bergelar “abang” mulai saat detik tersebut. Perkara pertama yang ku lakukan sewaktu bangun untuk bersiap ke sekolah adalah melihat sendiri kelembutan rupa paras wajah “adikku” tersebut. Dia sangat comel dan cantik pada pandangan mata ini. Aku sangat bertuah pada masa itu kerana akhirnya mempunyai seorang adik dan yang lebih bermakna dia satu-satunya wanita dalam kelompok adik-beradik aku. Apabila mula melangkahkan kaki ke sekolah, aku masih teringat secara spontan tanganku melambai ke arah “adik perempuanku” itu. Sungguh indah rasanya hari tersebut dan di sekolah aku tidak sabar lagi kembali pulang ke rumah untuk melihat dan menjaga “adik yang ku sayangi” itu. Namun segalanya berubah apabila suasana di luar rumah seakan menuju ke senja hari. Sekitar jam 5.00 ptg aku tersentak apabila sewaktu bersama “adik kesayanganku” itu, emak yang berada disebelah 'adikku' telah meminta aku memanggil seseorang yang boleh ku anggapkan seperti datuk sendiri ( telahpun arwah). Dalam keadaan keliru dan tidak mengetahui apa telah berlaku aku gagahi menuju ke rumah datuk tersebut dengan berlari-lari anak. Ayahku pula ketika itu keluar mencari daun pokok jambu untuk digunakan sebagai tujuan perubatan ibuku yang dalam pantang. Sebaik sampai di rumah bersama 'datuk' aku mengambil keputusan menunggu ayah di persimpangan jambatan menuju rumah kami. Berita sedih petang tersebut menyebabkan aku yang masih lagi kecil, merasa sangat mengerti kerana hanya sempat bergelar “abang” dalam tempoh tak sampai 24 jam dan lebih memeritkan 'ayahku' terduduk kaku menangis kesedihan saat tiba di muka pintu setelah dikhabarkan telah kehilangan insan yang kami sayangi sekeluarga. Hal tersebut dimaklumkan kepada abang kedua aku yang masa itu bekerja di Kota Kinabalu dan dia sampai keesokannya menaiki kapal terbang. Urusan pengebumian dibuat pada sebelah pagi dan beberapa saudara-mara datang menziarahi keluarga kami serta membantu dalam hal menguruskan jenazah arwah “adik aku”. Semasa ayah sedang menyiapkan kayu nisan diukir ringkas, keluarga kami sepakat & bersetuju mengabadikan satu nama bagi insan yang hadir sekelip mata menjadi darah daging kami sekeluarga itu. Nama “Hairia binti Amil Hassan” sentiasa kekal terpahat di ingatan, jiwa dan hati aku untuk selamanya kerana kehadiran arwah sangat bermakna dalam hidupku walaupun telah 15 tahun ia meninggalkan 'abang' ini menjadi anak bongsu sekali lagi. Tetapi yang pasti, 'abang' pernah merasa sangat gembira di saat kehadirannya di dunia ini & berasa terkilan apabila “adik bongsu” terlalu cepat dipanggil oleh pencipta alam ini. Mungkin itu tanda Tuhan sangat menyayangi dirimu agar menjadi penghuni syurga wahai 'adikku'. Al-Fatihah.

Selasa, 28 Jun 2011

Sukan JKMM

Hari ini aku telahpun selesai mengharungi sukan JKMM yang telah ku ikuti buat kali kedua di Sabah. Pertama kali dulu aku melaluinya di negeri Terengganu dan masa itu aku cuma bermain bolasepak sahaja. Kekalahan di peringkat suku akhir kepada JKM Kedah menguburkan impian ku untuk melihat kejayaan pasukan kami. Dua tahun berlalu episod sama berlaku kembali lagi namun kali ini skripnya berbeza. Pasukan kami kalah tipis (2-1) di peringkat awal perlawanan bertemu JKM Johor. Untuk kejohanan di Sabah ini juga buat pertama kalinya pasukan kami bermain dalam perlawanan futsal. Kami berjaya mengalahkan JKM Sarawak pada pusingan pertama dan tersekat dalam laluan berikutnya apabila bertemu JKM Terengganu. Tapi, apa yang membuatkan aku sedih adalah kerana dalam perlawanan kedua tersebut penentuan keputusan dibuat melalui sepakan penalti setelah terikat 0-0 selepas tamat permainan. Kenapa aku bersedih ? Sebabnya aku menjadi punca apabila sepakan penalti terakhir tak dapat dijaringkan atas sebab yang ku tak pasti. Penjaga goal lawan ketika itu pula adalah kawan satu jabatan aku dan kami pernah kursus selama 3 bulan bersama. Aku melihat riak wajah kekecewaan pada rakan sepasukan yang lain dan menghancurkan impian pasukan. Aku hampir hilang arah kerana pasukan kami mampu mencapai keputusan yang lebih baik seandainya aku tidak melakukan kesilapan.
Yang berlaku telah berlaku dan biarkanlah ia menjadi sejarah kenangan lalu. Yang pastinya dua tahun lagi akan tercipta skrip baru dalam perjalanan sukan dwi tahunan JKMM ini, apakah negeri yang aku wakili ketika itu nanti adakah masih bersama JKM Perak atau JKPA Sabah ataupun aku tiada lagi dalam kejohanan sukan tersebut. Aku pun tiada jawapannya. 

Isnin, 20 Jun 2011

Cara Dapatkan Si Dia Semula

Biasanya, kalau korang dah lama bercinta mesti tak dapat lari dari berbagai bergaduh kan. Mungkin korang dah beberapa kali bergaduh sampai hubungan tu dah tak dapat diselamatkan. Hubungan cinta yang normal memang akan mengalami semua ni. Lepas bergaduh dan breakup, memang susah nak dapatkan ex-gf kembali dalam hidup korang.


Jika korang dah lakukan sesuatu kesalahan yang tak boleh dimaafkan, janganlah harapkan dia datang balik kat korang. Diorang ni akan ‘jual mahal’ dan cuba untuk balas balik apa yang korang dah buat. So, kalau korang betul-betul sayang dia dan masih perlukan cinta si dia, maka korang kena usaha lebih.

Cubalah tips-tips ni untuk dapatkan semula cinta si dia
* Pulihkan emosi. Maafkan si dia dan maafkan diri korang. Lupakan je semua kenangan lepas yang menyakitkan tu.
* Berkomunikasi dengan si dia. Mulanya mungkin kena reject atau dia cuba elakkan diri tapi nanti korang akan dapat jugak cakap dengan dia. Korang kena sabar dan tabah ok?
* Mintak maaf sejujurnya. Beritahu dia yang korang sangat menyesal sebab dah lukakan hati dia.
* Pikat dia semula.Memang korang dah pernah buat sebelum ni buat lagi dan lagi. Sentiasa buatkan dia rasa dirinya istimewa. Cuba ingat balik apa yang korang buat masa mengorat dia dulu. Cari idea-idea romantik yang boleh membantu.
* Berikan masa yang cukup. Korang kena biarkan dia bersendiri untuk seketika. Biarkan dia berfikir tentang hubungan tu. Paling penting, bagi masa untuk dia rindukan korang.
* Baiki penampilan korang. Cuba tampilkan imej terbaik yang korang boleh. Pergilah gym kalau perlu.
* Konfiden.Yakin. Jangan cepat putus asa.Fikir positif.
Yakinkan dia yang korang cintakan dan perlukan dia .
* Tunjukkan yang korang dah berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik. Tunjukkan yang korang berusaha.
Belajar dari kesilapan dan mulakan hidup baru. Lupakan je kenangan-kenangan yang menyakitkan tu. Harap bermanfaat.

*dikongsikan melalui facebook.

Ahad, 19 Jun 2011

Terhenti Di Sini Erti Sahabat

Indah sungguh kali pertama mengenalimu teman
Kenangan itu memang sukar untuk ku tapis
Betapa gembiranya aku pada tika itu
Kaulah teman kaulah sahabat sejatiku

Bagi aku kaulah teman terbaik aku di dunia ini
Siang dan malam aku amat merindui mu
Teman, tahukah engkau betapa aku amat sayang akan engkau
Tapi kenapa kau berubah hati hanya kerana aku yang hina ini

Teman, benar kata pepatah cuaca tidak selalu cerah
Kini kau tinggalkan aku dan pergi tiada berita darimu lagi
Besarnya kesalahan ku padamu teman
Kau membenciku sampaikan tiada lagi maaf untuk ku

Tahukah engkau siapakah aku waktu pertama kali kita bertemu
Kini kau bahagia bersama insan yang baru kau kenali
Tak apalah aku tak kisah yang penting hidup kau bahagia teman ku
Aku mungkin tak layak menjadi sahabat mu

Pergilah teman ku yang tersayang
Biarlah aku bersendirian tanpa mu
Tetapi ingatlah wahai sahabatku
Apa pun yang berlaku kau tetap dihati ku

Kerana kaulah sahabatku yang terbaik didunia dan akhirat
Doa ku sentiasa bersama mu walaupun ku tahu kau membenciku
Biarlah aku pedih dan derita masa ini
Kerana itu yang perlu ku tanggung setelah apa yang ku lakukan padamu

Teman, andainya aku pergi suatu hari nanti
Ketahuilah olehmu bahawa aku amat menyayangi persahabatan kita ini
Ya Allah maafkan aku kerana gagal menyelamatkan persahabatan kami
Biarlah aku berundur demi untuk membahagiakan insan lain

Teman, aku gembira melihat kau bersama teman baru
Tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu
Betapa pedih dan terlukanya hati ku
Bila kau semakin jauh dari hidupku

Teman, aku akan cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah silam antara kita
Walaupun ianya tidak seperti yang diimpikan dan dijanjikan
Maafkan aku teman, aku tak minta dilahirkan sebegini
Namun aku juga punya perasaan dan hati

Terima kasih teman menjadi sahabat ku buat sementara waktu
Walaupun persahabatan itu cuma sementara cuma
Namun sungguh bermakna buat hidup aku
Insya-Allah aku akan abadikan ianya hingga aku tiada lagi di muka bumi ini

Maafkan aku wahai teman ku jika aku bersalah pada mu selama ini
Halalkan makan minum masa dan ruang hidup mu ketika kita bersama satu masa dulu
Teman ku, jika kau dalam kesusahan sebutlah nama ku
Insya-Allah aku akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu mu

Tapi jika aku tiada lagi, maafkan aku teman kau sedekahkan aku Al-Fatihah
Buatmu teman inilah luahan hatiku pada mu
Aku ingin kau tahu betapa aku sayangkan dirimu
Lebih dari segalanya walaupun aku tahu diri ini hanya insan biasa

Teman kaulah insan yang mulia pernah ku kenali
Kini kau pergi buat selamanya dari hidupku
Pergilah teman ku andai itu yang kau mahu
Maafkan diri ku dunia dan akhirat

Hanya satu pesan ku mungkin teman mu ini telah berbuat salah padamu
Tetapi hargailah diriku atas nama persahabatan kita
Kerana aku mengukir nama mu di atas pasir ketika kau berbuat salah pada ku
Dan segala kebaikan yang kau lakukan untuk ku ia terpahat indah di batu persahabatan kita

Angin yang berlalu di atas pasir akan menghilangkan nama mu yang ku ukir
Tetapi angin itu tidak akan mampu menghilangkan nama mu di atas batu persahabatan kita
I Love You So Much Teman Sahabatku and My Friends...

Sabtu, 18 Jun 2011

Kisah di zaman sekolah...

Kisah ini adalah kejadian benar yg berlaku dalam hidupku...

Sepanjang bergelar pelajar, aku teramat mengingati pengalaman yang aku perolehi semasa dalam tingkatan 4 & 5... bukan apa masa tu aku rasa banyak sangat kenangan yang berlaku. Aku cuma nak berkongsi kisah sepanjang aku berada dalam kelas yang diberi nama Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik... guru kelas aku masa itu boleh dikatakan antara salah seorang cikgu termacho di sekolah tempat aku belajar ( SMTLD ). Nama beliau ialah Cikgu S ( bukan nama sebenar ) hehehe... sebelum memasuki sekolah tersebut aku telah terlebih dahulu belajar di sebuah sekolah harian biasa iaitu SMK Agaseh... masa tu aku belajar dalam kelas 4 Teknologi Maklumat... tp disebabkan aku minat sangat belajar di sekolah teknik... maka aku pun memohon sebagai pelajar rayuan ( coz x mohon lebih awal )... nasib baik diterima masuk dengan result PMR yang aku dapat time form 3... ( 7 subjek dapat huruf yang sama, satu subjek lagi dapat huruf D kot ).

Seterusnya, aku mula memasuki sekolah teknik setelah terlepas minggu 'orentasi'... so xdelah kena ragging dgn abg2 senior... first time masuk dlm kelas yang aku dtawarkan agak terkejut jugak jadinya... hanya ada 2 perempuan berbanding jumlah pelajar 21 org masa tu... maknanya 19 orang lelaki... cukup satu team bola sepak... rasa rimas gak... x boleh nk tackle 2 awek tu coz byk saingan hahaha... semasa 2 tahun aku belajar dalam kelas tersebut... boleh dikatakan banyak perkara suka duka tawa riang gurau senda jenaka pahit manis yang kami tempuhi sesama rakan sekelas...

Aku masih ingat lagi... antara pengalaman aku bersama rakan sekelas yang lain... kami pernah belajar di atas jalan raya berhadapan blok utama sekolah... ini disebabkan kami semua lambat masuk ke bengkel kejuruteraan... selama 90 minit kami duduk bersila di atas jalan raya tu sambil baca nota... malu sangat2 bila guru dan pelajar lain lalu lalang melihat kami. Ada sekali tu, kelas kami mendapat johan kelas terkotor... ( tiap2 minggu ada pertandingan kebersihan kelas di tempat sekolah aku belajar tu )... tp itu adalah kali pertama & terakhir kelas kami merangkul anugerah tersebut... mana taknya... sebagai denda kami semua terpaksa menebalkan muka melawat ke setiap kelas yang ada di sekolah tersebut pada hari yang sama untuk memaklumkan kemenangan kami... malu siiooott.. nasib baik boleh lg control macho... hahaha...

Satu masa tu pulak... aku ingat lagi ada sebuah kolam yang dibina di tengah2 blok utama sekolah...
kolam tu baru je siap... siap bubuh air lagi... tp apa berlaku aku dan beberapa orang rakan sekelas telah merasmikan pembinaan kolam tersebut dengan cara... masuk ke dalam kolam tu tanpa membuka kasut sekolah... denda ni kami dapat sebab buat bising dalam kelas kot... pandai sungguh cikgu kelas kami cari idea... hahaha... then pernah sekali... aku dan rakan2 sekelas terpaksa berlari-lari anak mengelilingi padang sekolah tu... masa tu cikgu kelas aku denda sebab x siapkan nota yang dia bagi... dah salah kami nak buat mcm mana kan... hehehe...

Cuma ada suatu peristiwa ni... aku mmg akan ingat sampai bila2... benda ni berlaku masa dalam bengkel kami... bengkel 'budak karan' sinonim tuk pelajar elektrik... hehehe... masa tu aku dan seorang kawan ni nama Yuzal, telah buat satu benda nakal... aku dan member ni duk belakang masa tu... atas meja kami ada sebuah 'tv' 29 inci kot... semasa cikgu kelas aku tu tengah merepek kt depan, aku telah tertekan dengan sengaja butang 'ON' tv tu... ingatkn kwn tu boleh control suara tv bg slow... tp rupanya... tv tu xde channel... so apa lg 'tv' on je terus bunyi bising... iyalah dah xde siaran... adooooi... cikgu kelas siap tnya lg 'siapa yg buat'... aku pun dengan rasa malas nk ngaku terpaksa gak ar pegi depan kelas... cikgu aku suruh pusing belakang tgk kwn2 lain... DAAMM... argghhh... sakitnya... aku kena tampar sekali kt belakang badan... hehehe... malu pun ada gak masa tu... coz da nakal sgt kan... yg kwn aku tu.. x ingat pula dia ada kena sebijik mcm aku ke or tak... lantaklah...

Ini antara kenangan yang aku ingat masih belajar form 4 & 5 dulu... rasanya ada lagi yang aku tak coretkan... cuma aku nak cakapkan ' moral of the story is' ?