Selasa, 28 Jun 2011

Sukan JKMM

Hari ini aku telahpun selesai mengharungi sukan JKMM yang telah ku ikuti buat kali kedua di Sabah. Pertama kali dulu aku melaluinya di negeri Terengganu dan masa itu aku cuma bermain bolasepak sahaja. Kekalahan di peringkat suku akhir kepada JKM Kedah menguburkan impian ku untuk melihat kejayaan pasukan kami. Dua tahun berlalu episod sama berlaku kembali lagi namun kali ini skripnya berbeza. Pasukan kami kalah tipis (2-1) di peringkat awal perlawanan bertemu JKM Johor. Untuk kejohanan di Sabah ini juga buat pertama kalinya pasukan kami bermain dalam perlawanan futsal. Kami berjaya mengalahkan JKM Sarawak pada pusingan pertama dan tersekat dalam laluan berikutnya apabila bertemu JKM Terengganu. Tapi, apa yang membuatkan aku sedih adalah kerana dalam perlawanan kedua tersebut penentuan keputusan dibuat melalui sepakan penalti setelah terikat 0-0 selepas tamat permainan. Kenapa aku bersedih ? Sebabnya aku menjadi punca apabila sepakan penalti terakhir tak dapat dijaringkan atas sebab yang ku tak pasti. Penjaga goal lawan ketika itu pula adalah kawan satu jabatan aku dan kami pernah kursus selama 3 bulan bersama. Aku melihat riak wajah kekecewaan pada rakan sepasukan yang lain dan menghancurkan impian pasukan. Aku hampir hilang arah kerana pasukan kami mampu mencapai keputusan yang lebih baik seandainya aku tidak melakukan kesilapan.
Yang berlaku telah berlaku dan biarkanlah ia menjadi sejarah kenangan lalu. Yang pastinya dua tahun lagi akan tercipta skrip baru dalam perjalanan sukan dwi tahunan JKMM ini, apakah negeri yang aku wakili ketika itu nanti adakah masih bersama JKM Perak atau JKPA Sabah ataupun aku tiada lagi dalam kejohanan sukan tersebut. Aku pun tiada jawapannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan