Ahad, 19 Jun 2011

Terhenti Di Sini Erti Sahabat

Indah sungguh kali pertama mengenalimu teman
Kenangan itu memang sukar untuk ku tapis
Betapa gembiranya aku pada tika itu
Kaulah teman kaulah sahabat sejatiku

Bagi aku kaulah teman terbaik aku di dunia ini
Siang dan malam aku amat merindui mu
Teman, tahukah engkau betapa aku amat sayang akan engkau
Tapi kenapa kau berubah hati hanya kerana aku yang hina ini

Teman, benar kata pepatah cuaca tidak selalu cerah
Kini kau tinggalkan aku dan pergi tiada berita darimu lagi
Besarnya kesalahan ku padamu teman
Kau membenciku sampaikan tiada lagi maaf untuk ku

Tahukah engkau siapakah aku waktu pertama kali kita bertemu
Kini kau bahagia bersama insan yang baru kau kenali
Tak apalah aku tak kisah yang penting hidup kau bahagia teman ku
Aku mungkin tak layak menjadi sahabat mu

Pergilah teman ku yang tersayang
Biarlah aku bersendirian tanpa mu
Tetapi ingatlah wahai sahabatku
Apa pun yang berlaku kau tetap dihati ku

Kerana kaulah sahabatku yang terbaik didunia dan akhirat
Doa ku sentiasa bersama mu walaupun ku tahu kau membenciku
Biarlah aku pedih dan derita masa ini
Kerana itu yang perlu ku tanggung setelah apa yang ku lakukan padamu

Teman, andainya aku pergi suatu hari nanti
Ketahuilah olehmu bahawa aku amat menyayangi persahabatan kita ini
Ya Allah maafkan aku kerana gagal menyelamatkan persahabatan kami
Biarlah aku berundur demi untuk membahagiakan insan lain

Teman, aku gembira melihat kau bersama teman baru
Tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu
Betapa pedih dan terlukanya hati ku
Bila kau semakin jauh dari hidupku

Teman, aku akan cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah silam antara kita
Walaupun ianya tidak seperti yang diimpikan dan dijanjikan
Maafkan aku teman, aku tak minta dilahirkan sebegini
Namun aku juga punya perasaan dan hati

Terima kasih teman menjadi sahabat ku buat sementara waktu
Walaupun persahabatan itu cuma sementara cuma
Namun sungguh bermakna buat hidup aku
Insya-Allah aku akan abadikan ianya hingga aku tiada lagi di muka bumi ini

Maafkan aku wahai teman ku jika aku bersalah pada mu selama ini
Halalkan makan minum masa dan ruang hidup mu ketika kita bersama satu masa dulu
Teman ku, jika kau dalam kesusahan sebutlah nama ku
Insya-Allah aku akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu mu

Tapi jika aku tiada lagi, maafkan aku teman kau sedekahkan aku Al-Fatihah
Buatmu teman inilah luahan hatiku pada mu
Aku ingin kau tahu betapa aku sayangkan dirimu
Lebih dari segalanya walaupun aku tahu diri ini hanya insan biasa

Teman kaulah insan yang mulia pernah ku kenali
Kini kau pergi buat selamanya dari hidupku
Pergilah teman ku andai itu yang kau mahu
Maafkan diri ku dunia dan akhirat

Hanya satu pesan ku mungkin teman mu ini telah berbuat salah padamu
Tetapi hargailah diriku atas nama persahabatan kita
Kerana aku mengukir nama mu di atas pasir ketika kau berbuat salah pada ku
Dan segala kebaikan yang kau lakukan untuk ku ia terpahat indah di batu persahabatan kita

Angin yang berlalu di atas pasir akan menghilangkan nama mu yang ku ukir
Tetapi angin itu tidak akan mampu menghilangkan nama mu di atas batu persahabatan kita
I Love You So Much Teman Sahabatku and My Friends...

3 ulasan: